Skip to main content

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah

Bismillah.
.
.
Sudah setahun lebih aku meninggalkan blog ni, sungguh terasa bergitu cepat masa berlalu.
Tahun lepas, 2017 akan aku ingin sebagai tahun paling manis dan bermakna. Mungkin ia dikatakan musibah bagi orang lain,,tapi ini semua ujian terindah daripada Allah.

Julai 2017

4 hari sebelum majlis menyambut orang baru dalam keluaraga kami. Aku, mama, alan & izzah pulang ke Kelantan dari Kuala Berang. Malam itu bergitu redup , hujan rintik-rintik membasahi bumi. Agak lewat kami bertolak daripada biasa. Kepulangan kami tu kali pertama bukan bersama abah . Abah dan yang lain sudah berada di kampung. Menanti ketibaan kami..

Bunyi radio membingitkan telinga aku, terasa gegaran dan dilambung kuat. Terdengar suara ramai orang mengurumi kereta kami. Mulut aku hanya mampu menyebut nama Allah,, Aku lihat mama di depan. Terkulai layu,, aku kejut mama: mama.. mama.. bangun.

Alan berdarah dahi dan Izzah terkejut bangun. Tersorok di tepi bawah kerusi. Alhamdulillah mereka sedar kecuali mamaku.  Orang kampung menyuruh aku keluar.. apakah daya, terasa berat. Kakiku tak mampu diangkat sebelah kiri.  Akhrnya aku ditarik dan diangkat ke tepi kedai. lepas tu,, aku xtau apa yang berlaku.. Hatiku cukup panik, sedih, sayu, ..badan terus menggigil kesakitan. Gigi bergegar mengapit ,, sejut sangat rasa. Darah disebelah mata  berlucuran mengalir. Peritnya tidak digambarnya. Allahu.. hanya Allah tempat Aku bergantung. Alhamdulillah, di saat tu,,Mulutku tak henti melafazkan zikir. Spontan meniti dibibir sehingga ke hospital.

Mamaku diangkat oleh orang ramai ke tepi. Terkulai layu.. Izzah mendekati aku, nak telefon abah di rumah. Baiknya Allah, dia jaga adik aku daripada cedera parah. Hanya aku dan mama yang berbabit.

Izzah dan alan yang menbantu pertanyaan orang lain. Ketika tu, hatiku bimbang kepada mama. izzah bagitau aku yang mama macam kurang ingat apa yang berlaku. Sedih sangat jika mama tak ingat kami. Allahu..

.
.
 Mama terus diangkut ke dalam ambulance setelah menanti hampir 20 minit.
Kereta kami telah dirempuh dari depan orang sebuah kereta yang dipandu laju dari arah Kota Bharu ke Selising, Pasir Puteh. Kereta tersebut dinaiki oleh 4 orang pelajar. Semua mati ditenpat kejadian melainkan seorang saja yang hidup dan sangat kritikal.


Allahu Akhbar. Allah menunjukkan kuasanya kepada kami. Kereta kami hancur lenyai. Total lost selepas kejadian tersebut.Allah nak bersihkan harta kami dan dosa kami. Baiknya Allah.


Tibanya di hospital, badanku semakin kuat mengigil. Sejuk dan sakit teramat sangat. Allahu,, apakah ini permulaan sakit di saat mati? aku pasti sakitnya lagi sakit tidak tergambar. Allahu... Kami hambaMu yang berdosa. Banyak melakukan dosa.Tapi baiknya Allah, Allah banyak permudahkan urusan kami ketika itu. Bapak saudaraku, mak saudara dan sepupu sanggup datang ke hospital Tengku Anis dari Kota Bharu untuk melihat kami pada jam 2-3 pagi.

Malam tu, semua berjaga. Kami dibawa ke bilik x-ray. Inilah pengalaman kedua setalah aku pernah melalui excident pertama di hadapan rumah sewa di Bandar Baru Bangi Sek 3 ketika pulang ke rumah.Kereta yang aku pandu telah terlanggar kereta parking  jiran sehingga kerata yang aku naiki telah terbalik. Ketika tu aku dibawa oleh jiranku yang merupakan Dr di Hospital Kajang  yang membantu aku mempercepatkan urusan x-ray. Baiknya Allah. Allah sentiasa tolong dan menghantar orang yang baik untuk membantu kita yang dalam kesempitan.




Comments

Popular posts from this blog

muslimat??

‎::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞•لا اله الا الله محمد رسول الله•۞ ...۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ (◕‿◕"),✰˚ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨ ̄Ʒ¸¸.¤*¨**♥✿♥*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ✿ Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan... ✿ Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..! ✿ Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada. ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥ •~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥ ✿ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apa

Oh,tidakku sangka!!

   ~ Bismillahhirohmannirohim ~ Bertakhtakan langit ilahi nang biru menambah lagi ranjauan mata memandang,,bergitu indah sekali. Kaki mula menongkah pergi sambil membawa sedekit bekalan ilmu,rasa berat terus hilang jika memikirkan pahala akhirat. Alhamdulillah,, hanya lafaz syukur ini yang mampu terukir dibibir pabila melihat kebesaran serta nikmatnya. ************************** Kenangan 2011-2013 STPM di SMKA Falahiah Memori bumi waqafan ini mengalir ilmunya  Tidak sunyi daripada alunan al-Quran Malam dengan tarbiyyah Badar & Helwa Misi Untuk Ummah Penuntut datang dan pergi Murabbi mendidik tanpa jemu Ilmu bersinar menjadi mutiara Berkilau demi islam sejauh mana kaki melangkah pastinya bermula dengan Niat Jauh tersasar belum terlambat Kerna Allah Maha Penyayang *Nukilan jiwa mengimbau kenangan selepas selesai menulis ulasan jurnal Pskologi Pendidikan 

Memori lalu...

  ~>. .BismilahiRohmanniRohimm... <~  Alhamdulillah.. Setelah 4 hari sudah berlalu tahun masihi ni..tiba2 plk aku teringat kenangan2  sepanjang  tahun lepas.Bagi aku..semua kenangan ini tidak akn mudah dipadam dalam ingatanku..pelbagai memory telah berlalu.Semuanya cukup indah untuk diungkapkan.. Macam mane laa adik2 kesayangan ku yang berada diasrama sekarang? aku rindu untuk berusrah.. aku rindu untuk bertazkirah.. aku rindu untuk berhalaqah dimeja bulat.. aku rindu semua itu! aktiviti masa lapang..hehe     Hampir setiap malam aku asyik bermimpi sal sekolah...huhu..mungkin masih tidak dapat melupakan alam persekolahan selama 14 tahun ini..dasyat betul kan aku ni..sampaikan mamaku geleng kepala setiap pagi bila aku beritahu sal ni..hehe..kelakar plk rsenya..   Kehidupan di asrama memang cukup indah,sampaikan minggu orang lain balik..aku rela duduk di asrama dengan orang2 yg tinggal jauh..bg aku,berada diasrama menjadikan diriku lebih dekat pada pencipta dan