Skip to main content

Meniti Usia Dewasa

Sudah 3 tahun berlalu. Cepat betul masa mengejar kita sehinggakan dah hampir separuh tahun 2019.

SubhanaAllah!

Esok 29 Syawal. Last aku dan mama berpuasa 6. Puasa enam lebih mencabar daripada berpuasa sebulan, mana taknya. Hampir setiap hari ada jemputan hari raya, sambutan raya di sekolah dan segala macam acara raya. Betul -betul rasa ria riang raya .hehehe

Terlalu banyak benda nak ditulis, sudah lama tangan ini bercuti daripada menulis dan menaip semenjak tamatnya pengajian dulu. Aku masih seperti dulu,single dan sedang membina kehidupan. Yang kadangkala terasa ralat dan kabur walaupun punya orang sekeliling yang selalu menasihati diri ini.

Hasrat 2019 bergitu banyak untuk difokus terutama dalam bab kerjaya dan pemilihan nakhoda kapal yang mahu belayar bersama-sama sehingga ke syurga. Hampir setiap bulan ,ada saja cadangan nakhoda . Namun , masih belum bertemu dengan jiwa yang mententeramkan hati. Doakan diri ini dikuatkan hati dan dicekalkan jiwa menghadapi episod kehidupan yang bergitu mendebarkan.Hanya kepada Allah ku berserah segalanya.

Tiada orang yang tidak mahu berjaya. Punya pendapatan beribu-ribu untuk membahagiakan ibu ayah dan keluarga. Dapat bersiar-siar ke merata tempat yang dihajati dan mampu mempunyai aset sendiri.


Aku punya impian yang terbesar adalah ingin menjadi hartawan dermawan yang sentiasa dapat memberi manfaat kepada semua insan terutama keluarga, perjuangan islam dan golongan asnaf. Aku cukup terinspirasi dengan arwah fuziani yang telah meninggal ketika melakukan amal jariah diBulan Ramadhan. Kematian yang mengejutkan hampir seluruh penduduk malaysia. Dulu aku hanya mengenali jenama produknya yang bergitu femes. Sekarang aku pula yang bersemangat nak mengetahui apa amal yang dia telah lakukan.

Lumrah manusia suka mengikut apa yang orang buat. Walaupun hakikat sebenar itu adalah sunnah Rasulullah. Baginda telah menjadi contoh tauladan yang terbaik, mungkin asbab jarak masa kehidupan baginda dengan kita menjadikan kita menganggap itu hanyalah kisah yang indah. wal hal itu adalah perintah Allah yang telah mengutus Rasul untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada semua manusia. Manusia yang diiktiraf adalah Nabi Muhammad. Penutup para Nabi dan Rasul terdahulu. Apakah kita masih tidak percaya?

Yakinlah! Allah yang menciptakan kita , maka dia mengetahui segala tabiat manusia. Yang lumrahnya suka meniru perilaku orang yang terkenal dan hebat. Justeru, Allah terlebih dahulu mencipta role model terbaik kepada kita iaitu Nabi Muhammad.

teringat ketika mengajar subjek sirah. Aku pernah melontarkan soalan.

" Siapa tahu ,, siapakah itu Rasul?"

mereka hanya senyum dan membisu. Aku cukup terkejut dan berbaik sangka. mereka masih kecil..akulah yang perlu menerangkan kepada mereka.







Comments

Popular posts from this blog

muslimat??

‎::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞•لا اله الا الله محمد رسول الله•۞ ...۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ (◕‿◕"),✰˚ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨ ̄Ʒ¸¸.¤*¨**♥✿♥*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ✿ Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan... ✿ Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..! ✿ Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada. ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥ •~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥ ✿ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apa...

Oh,tidakku sangka!!

   ~ Bismillahhirohmannirohim ~ Bertakhtakan langit ilahi nang biru menambah lagi ranjauan mata memandang,,bergitu indah sekali. Kaki mula menongkah pergi sambil membawa sedekit bekalan ilmu,rasa berat terus hilang jika memikirkan pahala akhirat. Alhamdulillah,, hanya lafaz syukur ini yang mampu terukir dibibir pabila melihat kebesaran serta nikmatnya. ************************** Kenangan 2011-2013 STPM di SMKA Falahiah Memori bumi waqafan ini mengalir ilmunya  Tidak sunyi daripada alunan al-Quran Malam dengan tarbiyyah Badar & Helwa Misi Untuk Ummah Penuntut datang dan pergi Murabbi mendidik tanpa jemu Ilmu bersinar menjadi mutiara Berkilau demi islam sejauh mana kaki melangkah pastinya bermula dengan Niat Jauh tersasar belum terlambat Kerna Allah Maha Penyayang *Nukilan jiwa mengimbau kenangan selepas selesai menulis ulasan jurnal Pskologi Pendidikan 

Awak..jgn buat sye jatuh hati pada awk!!

Bismillahirrahmanirrahim~ Alhamdilillah..Allah masih memberi peluang untuk aku share dgn sahabat2 sume apa -apa yang dapat mndkatkan serta muhasabah diri  kita kpd-Nya.. CINTA?? bila bercakap tentang cinta mesti terbayang difikiran antunna tentang cinta lelaki dan perempuan. Realitinya mmg bergitu..tetapi..hakikatnya,cinta kita yang sebenar hanyalah pada yang satu iaitu ALLAH Oleh itu,sahabatku yang disayangi janganlah risau tentang cinta..x perlulah susah hati klu kte xde pasangan pn lagi..semua itu hanya menghayutkan kita dengan dunia yang fana  ini sehinggakan kita lupa bahawa kte diciptakan hanyalah untuk  menjadi hamban-Nya...hamba?? ye kita ni hanyalah hamba Allah untuk sentiasa beribadat  kpd -Nya.. <<<<.:::::: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku::::::::>>>> Alangkah ruginya ...