Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah

Bismillah. . . Sudah setahun lebih aku meninggalkan blog ni, sungguh terasa bergitu cepat masa berlalu. Tahun lepas, 2017 akan aku ingin sebagai tahun paling manis dan bermakna. Mungkin ia dikatakan musibah bagi orang lain,,tapi ini semua ujian terindah daripada Allah. Julai 2017 4 hari sebelum majlis menyambut orang baru dalam keluaraga kami. Aku, mama, alan & izzah pulang ke Kelantan dari Kuala Berang. Malam itu bergitu redup , hujan rintik-rintik membasahi bumi. Agak lewat kami bertolak daripada biasa. Kepulangan kami tu kali pertama bukan bersama abah . Abah dan yang lain sudah berada di kampung. Menanti ketibaan kami.. Bunyi radio membingitkan telinga aku, terasa gegaran dan dilambung kuat. Terdengar suara ramai orang mengurumi kereta kami. Mulut aku hanya mampu menyebut nama Allah,, Aku lihat mama di depan. Terkulai layu,, aku kejut mama: mama.. mama.. bangun. Alan berdarah dahi dan Izzah terkejut bangun. Tersorok di tepi bawah kerusi. Alhamdulillah mereka sedar k

Meniti Usia Dewasa

Sudah 3 tahun berlalu. Cepat betul masa mengejar kita sehinggakan dah hampir separuh tahun 2019. SubhanaAllah! Esok 29 Syawal. Last aku dan mama berpuasa 6. Puasa enam lebih mencabar daripada berpuasa sebulan, mana taknya. Hampir setiap hari ada jemputan hari raya, sambutan raya di sekolah dan segala macam acara raya. Betul -betul rasa ria riang raya .hehehe Terlalu banyak benda nak ditulis, sudah lama tangan ini bercuti daripada menulis dan menaip semenjak tamatnya pengajian dulu. Aku masih seperti dulu,single dan sedang membina kehidupan. Yang kadangkala terasa ralat dan kabur walaupun punya orang sekeliling yang selalu menasihati diri ini. Hasrat 2019 bergitu banyak untuk difokus terutama dalam bab kerjaya dan pemilihan nakhoda kapal yang mahu belayar bersama-sama sehingga ke syurga. Hampir setiap bulan ,ada saja cadangan nakhoda . Namun , masih belum bertemu dengan jiwa yang mententeramkan hati. Doakan diri ini dikuatkan hati dan dicekalkan jiwa menghadapi episod kehidupan