Skip to main content

Kau milikMu...


  Setapak demi setapak anak tangga terusku gagahi..cat warna hijau yang menyaluti anak tangga kian pudar dari penglihatan manusia.Mata hitamku terus menarpa melihat seorang datuk sedang berbaring menanti kedatangan tetamu yang tidak henti-henti membanjiri rumah pusaka turun temurun itu.

Rumah kayu beratapkan bata masih gagah menahan panas dan hujan dari membasahi serta memanasi penghuni rumah itu.Ku lihat,kayu dinding telah banyak terseropak disana sini sehingga dapat dilihat tanah dibawah rumah.Walau seuzur mana pun rumah itu,disitulah satu-satunya kediaman mewah milik datuk dan nenekku yang tidak berubah sebelumku lahir sehinggalah sekarang.Syukurku panjatkan pada ilahi kerana dengan izinya rumah itu masih tersegam indah dalam penglihatanku.

"Assalamuaalikum tok ayah..tok ayah sihat ko? tok wan ada mano?"

"Waalaikumsalam.alhamdulillah  ginilaa tua-tua gak..lamo x kelik.ada kat dalam tu.wat gapo loni?"

" urm..maaf laa tok ayah...sye ngja..loni dah xkje dah..nak duk lamo2 sini "

"Gi laa masok dale nuh..tok wan ada dale"

"ok..masuk dulu yea..."


Awal tahun 2013,aku mendapat tahu..nenek kesayangku yang paling rajin dan baik telah menghidap penyakit barah usus tahap 4.Tiada kata yang dapat  dilafaz melainkan aku titip doa dari kejauhan..Amanah sebagai pendidik mesti diteruskan menjaga anak bangsa.

Sewaktu bulan januari dan februari...kondisi tokwanku masih lagi stabil walaupun memerlukan bantuan manusia untuk bergerak  serta bantuan oksigen untuk bernafas.Berbekalkan doa dari yang Maha Esa..tok wanku tempuhi kesakitannya dengan sabar ..mungkin ini cara Allah menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu.Aku yakin..Allah takkan menzalimi sesekali manusia.

Kakiku terus melangkah kehadapan memijak lantai papan yang telah banyak merekah sehingga ternampak isi-isinya..sayup-sayup kedengaran suara tok wan ku menahan kesakitan yang ditanggung.Pabila sebaik sahaja mataku melabuh pada tubuh yang berbaring kaku di atas tilam lamanya.

Emak saudara sabitku bergitu setia menemani emak  mertuanya yang kesakitan itu..sambil tangannya memegang bekas air untuk membasahi tubuh tok wanku..

"bakpo sembur air ni cik ani?"

"tok wan oyak dia panas kat dalam perut ni..kalu sembur air tahan skit perut tu.."

"oo.."

"lenguh...lenguh kaki.."

"tolong angkat kaki tok wan tu..letak bantal di bawah betis ."

Hatiku tiba -tiba merasa hiba melihat keadaan tokwan ku..tubuhnya yang hanya diselaputi tulang dengan kulit serta wajahnya semakin cengkung sudah cukup membuktikan tokwanku semakin tenat.Rambut putihnya kian  bertambah luluh dibantal.Cukup sekadar kain sarung menutupi tubuh itu..kepanasan serta kesakitan yang dirasa didalam tidak dapat diluah dengan kata- kata lagi...

"Allah..."
"Allah.."
"Allah sakitnya.."

Sepanjang masa aku tidak sanggup meninggalkan tok wanku yang sememangnya memerlukan seseorang untuk membantu mengangkat kaki,tangan,badan dan kepala..dua bulan lebih  tokwan ku masih berbaring ..makanan sudah tidak diterima oleh tubuh dan hanya minuman lah sebagai penghubung tenaga suara ..

Sekarang...

Aku terpaksa meninggalkan sementara tok wan ku di kampung bagi menjaga adik-adikku dirumah..mama pula akan terus menjaga menemani tok wanku sehingga keadaan pulih kembali dengan izinya.
Aku mendapat tahu..keadaan tok wan semakin tenat setelah kepulangan kami sekeluarga tempoh hari..matanya tidaklagi celik kembai dan hanya dapat minum dengan titisan  kapas putih.Hati ini,semakin sayu mengenagkan keadaan tok wanku tercinta.Hanya doa sahaja yang dapat aku berikan  pada mu..!!!




Masih segar kenangan lalu..
Setiap kali kami sampai..
pasti juadah makanan sudah tersedia..
senyuman mu yang menenagkan..
menambahkan lagi keserian mukamu..

Kau menjagaku seperti seorang puteri raja..
Kerajinanmu memikat hatiku untuk terus bersama..
Ukiran senyumanmu saat aku sukar..
Menghilangkan masalah yang melanda..

Namun,
Allah itu lebih menyayangimu..
Aku merasa sedih dan muram..
Mungkin selepas ni..

Aku..sudah takkan merasa masakan enakmu..
kuih muih bekalan yangkau berikan..
pakaian yang kau berikan..
solat berjemaah bersamamu..
zikir malam bersamamu..
berkongsi cerita bersamamu..

Kita adalah pinjaman Allah..
Supaya menanam didunia ini dengan suruhanNya..
Mana yang hidup..pastikan pergi
Menghadap ilahi disana nanti..

Ku harap agar kita dapat bersua lagi..
Menjadi tetamu Ilahi..
Menghiasi syurga mewangi..



Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

muslimat??

‎::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞•لا اله الا الله محمد رسول الله•۞ ...۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ ۞۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞۩۩۞ ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ::♥::♥:: ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀ (◕‿◕"),✰˚ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¸¸.¤*¨*ღ☆ღ*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨ ̄Ʒ¸¸.¤*¨**♥✿♥*¨*¤.¸Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ✿ Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan... ✿ Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..! ✿ Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada. ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥ •~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥ ✿ Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apa...

Oh,tidakku sangka!!

   ~ Bismillahhirohmannirohim ~ Bertakhtakan langit ilahi nang biru menambah lagi ranjauan mata memandang,,bergitu indah sekali. Kaki mula menongkah pergi sambil membawa sedekit bekalan ilmu,rasa berat terus hilang jika memikirkan pahala akhirat. Alhamdulillah,, hanya lafaz syukur ini yang mampu terukir dibibir pabila melihat kebesaran serta nikmatnya. ************************** Kenangan 2011-2013 STPM di SMKA Falahiah Memori bumi waqafan ini mengalir ilmunya  Tidak sunyi daripada alunan al-Quran Malam dengan tarbiyyah Badar & Helwa Misi Untuk Ummah Penuntut datang dan pergi Murabbi mendidik tanpa jemu Ilmu bersinar menjadi mutiara Berkilau demi islam sejauh mana kaki melangkah pastinya bermula dengan Niat Jauh tersasar belum terlambat Kerna Allah Maha Penyayang *Nukilan jiwa mengimbau kenangan selepas selesai menulis ulasan jurnal Pskologi Pendidikan 

Awak..jgn buat sye jatuh hati pada awk!!

Bismillahirrahmanirrahim~ Alhamdilillah..Allah masih memberi peluang untuk aku share dgn sahabat2 sume apa -apa yang dapat mndkatkan serta muhasabah diri  kita kpd-Nya.. CINTA?? bila bercakap tentang cinta mesti terbayang difikiran antunna tentang cinta lelaki dan perempuan. Realitinya mmg bergitu..tetapi..hakikatnya,cinta kita yang sebenar hanyalah pada yang satu iaitu ALLAH Oleh itu,sahabatku yang disayangi janganlah risau tentang cinta..x perlulah susah hati klu kte xde pasangan pn lagi..semua itu hanya menghayutkan kita dengan dunia yang fana  ini sehinggakan kita lupa bahawa kte diciptakan hanyalah untuk  menjadi hamban-Nya...hamba?? ye kita ni hanyalah hamba Allah untuk sentiasa beribadat  kpd -Nya.. <<<<.:::::: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku::::::::>>>> Alangkah ruginya ...