Setapak demi setapak anak tangga terusku gagahi..cat warna hijau yang menyaluti anak tangga kian pudar dari penglihatan manusia.Mata hitamku terus menarpa melihat seorang datuk sedang berbaring menanti kedatangan tetamu yang tidak henti-henti membanjiri rumah pusaka turun temurun itu.
Rumah kayu beratapkan bata masih gagah menahan panas dan hujan dari membasahi serta memanasi penghuni rumah itu.Ku lihat,kayu dinding telah banyak terseropak disana sini sehingga dapat dilihat tanah dibawah rumah.Walau seuzur mana pun rumah itu,disitulah satu-satunya kediaman mewah milik datuk dan nenekku yang tidak berubah sebelumku lahir sehinggalah sekarang.Syukurku panjatkan pada ilahi kerana dengan izinya rumah itu masih tersegam indah dalam penglihatanku.
"Assalamuaalikum tok ayah..tok ayah sihat ko? tok wan ada mano?"
"Waalaikumsalam.alhamdulillah ginilaa tua-tua gak..lamo x kelik.ada kat dalam tu.wat gapo loni?"
" urm..maaf laa tok ayah...sye ngja..loni dah xkje dah..nak duk lamo2 sini "
"Gi laa masok dale nuh..tok wan ada dale"
"ok..masuk dulu yea..."
Awal tahun 2013,aku mendapat tahu..nenek kesayangku yang paling rajin dan baik telah menghidap penyakit barah usus tahap 4.Tiada kata yang dapat dilafaz melainkan aku titip doa dari kejauhan..Amanah sebagai pendidik mesti diteruskan menjaga anak bangsa.
Sewaktu bulan januari dan februari...kondisi tokwanku masih lagi stabil walaupun memerlukan bantuan manusia untuk bergerak serta bantuan oksigen untuk bernafas.Berbekalkan doa dari yang Maha Esa..tok wanku tempuhi kesakitannya dengan sabar ..mungkin ini cara Allah menghapuskan dosa-dosa yang terdahulu.Aku yakin..Allah takkan menzalimi sesekali manusia.
Kakiku terus melangkah kehadapan memijak lantai papan yang telah banyak merekah sehingga ternampak isi-isinya..sayup-sayup kedengaran suara tok wan ku menahan kesakitan yang ditanggung.Pabila sebaik sahaja mataku melabuh pada tubuh yang berbaring kaku di atas tilam lamanya.
Emak saudara sabitku bergitu setia menemani emak mertuanya yang kesakitan itu..sambil tangannya memegang bekas air untuk membasahi tubuh tok wanku..
"bakpo sembur air ni cik ani?"
"tok wan oyak dia panas kat dalam perut ni..kalu sembur air tahan skit perut tu.."
"oo.."
"lenguh...lenguh kaki.."
"tolong angkat kaki tok wan tu..letak bantal di bawah betis ."
Hatiku tiba -tiba merasa hiba melihat keadaan tokwan ku..tubuhnya yang hanya diselaputi tulang dengan kulit serta wajahnya semakin cengkung sudah cukup membuktikan tokwanku semakin tenat.Rambut putihnya kian bertambah luluh dibantal.Cukup sekadar kain sarung menutupi tubuh itu..kepanasan serta kesakitan yang dirasa didalam tidak dapat diluah dengan kata- kata lagi...
"Allah..."
"Allah.."
"Allah sakitnya.."
Sepanjang masa aku tidak sanggup meninggalkan tok wanku yang sememangnya memerlukan seseorang untuk membantu mengangkat kaki,tangan,badan dan kepala..dua bulan lebih tokwan ku masih berbaring ..makanan sudah tidak diterima oleh tubuh dan hanya minuman lah sebagai penghubung tenaga suara ..
Sekarang...
Aku terpaksa meninggalkan sementara tok wan ku di kampung bagi menjaga adik-adikku dirumah..mama pula akan terus menjaga menemani tok wanku sehingga keadaan pulih kembali dengan izinya.
Aku mendapat tahu..keadaan tok wan semakin tenat setelah kepulangan kami sekeluarga tempoh hari..matanya tidaklagi celik kembai dan hanya dapat minum dengan titisan kapas putih.Hati ini,semakin sayu mengenagkan keadaan tok wanku tercinta.Hanya doa sahaja yang dapat aku berikan pada mu..!!!

Masih segar kenangan lalu..
Setiap kali kami sampai..
pasti juadah makanan sudah tersedia..
senyuman mu yang menenagkan..
menambahkan lagi keserian mukamu..
Kau menjagaku seperti seorang puteri raja..
Kerajinanmu memikat hatiku untuk terus bersama..
Ukiran senyumanmu saat aku sukar..
Menghilangkan masalah yang melanda..
Namun,
Allah itu lebih menyayangimu..
Aku merasa sedih dan muram..
Mungkin selepas ni..
Aku..sudah takkan merasa masakan enakmu..
kuih muih bekalan yangkau berikan..
pakaian yang kau berikan..
solat berjemaah bersamamu..
zikir malam bersamamu..
berkongsi cerita bersamamu..
Kita adalah pinjaman Allah..
Supaya menanam didunia ini dengan suruhanNya..
Mana yang hidup..pastikan pergi
Menghadap ilahi disana nanti..
Ku harap agar kita dapat bersua lagi..
Menjadi tetamu Ilahi..
Menghiasi syurga mewangi..
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^