Skip to main content

Posts

Oh,tidakku sangka!!

   ~ Bismillahhirohmannirohim ~ Bertakhtakan langit ilahi nang biru menambah lagi ranjauan mata memandang,,bergitu indah sekali. Kaki mula menongkah pergi sambil membawa sedekit bekalan ilmu,rasa berat terus hilang jika memikirkan pahala akhirat. Alhamdulillah,, hanya lafaz syukur ini yang mampu terukir dibibir pabila melihat kebesaran serta nikmatnya. ************************** Kenangan 2011-2013 STPM di SMKA Falahiah Memori bumi waqafan ini mengalir ilmunya  Tidak sunyi daripada alunan al-Quran Malam dengan tarbiyyah Badar & Helwa Misi Untuk Ummah Penuntut datang dan pergi Murabbi mendidik tanpa jemu Ilmu bersinar menjadi mutiara Berkilau demi islam sejauh mana kaki melangkah pastinya bermula dengan Niat Jauh tersasar belum terlambat Kerna Allah Maha Penyayang *Nukilan jiwa mengimbau kenangan selepas selesai menulis ulasan jurnal Pskologi Pendidikan 
Recent posts

PENGERTIAN ORIENTALIS

PENGERTIAN ORIENTALIS        Orientalis adalah kata serapan dari bahasa Perancis yang asal katanya adalah orient yang berarti "Timur". Secara gegorafis, kata ini dapat diartikan "dunia Timur" dan secara etnologis berarti bangsa-bangsa di timur (Shihab, 1999:290). Kata orient itu telah memasuki berbagai bahasa di Eropa, termasuk bahasa Inggris. Oriental adalah sebuah kata sifat yang bermakna; hal-hal yang bersifat timur, yang teramat luas ruang lingkupnya.     Orientalis adalah kata nama pelaku yang menunjukkan seorang yang ahli tentang hal-hal yang berkaitan dengan "timur". Sedangkan kata orientalisme (Belanda) ataupun orietalism (Inggris) menunjukkan pengertian tentang suatu paham. Jadi orientalisme berarti sesuatu paham, atau aliran, yang berkeinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan dengan bangsa-bangsa di Timur beserta lingkungannya (Sou’yb, 1990:3). Selain dari pada itu, Edward W. Said (1996:3) memahami orientalis sebagai suatu cara untuk memaha

Ujian Tanda Kasih Sayang Allah

Bismillah. . . Sudah setahun lebih aku meninggalkan blog ni, sungguh terasa bergitu cepat masa berlalu. Tahun lepas, 2017 akan aku ingin sebagai tahun paling manis dan bermakna. Mungkin ia dikatakan musibah bagi orang lain,,tapi ini semua ujian terindah daripada Allah. Julai 2017 4 hari sebelum majlis menyambut orang baru dalam keluaraga kami. Aku, mama, alan & izzah pulang ke Kelantan dari Kuala Berang. Malam itu bergitu redup , hujan rintik-rintik membasahi bumi. Agak lewat kami bertolak daripada biasa. Kepulangan kami tu kali pertama bukan bersama abah . Abah dan yang lain sudah berada di kampung. Menanti ketibaan kami.. Bunyi radio membingitkan telinga aku, terasa gegaran dan dilambung kuat. Terdengar suara ramai orang mengurumi kereta kami. Mulut aku hanya mampu menyebut nama Allah,, Aku lihat mama di depan. Terkulai layu,, aku kejut mama: mama.. mama.. bangun. Alan berdarah dahi dan Izzah terkejut bangun. Tersorok di tepi bawah kerusi. Alhamdulillah mereka sedar k

Meniti Usia Dewasa

Sudah 3 tahun berlalu. Cepat betul masa mengejar kita sehinggakan dah hampir separuh tahun 2019. SubhanaAllah! Esok 29 Syawal. Last aku dan mama berpuasa 6. Puasa enam lebih mencabar daripada berpuasa sebulan, mana taknya. Hampir setiap hari ada jemputan hari raya, sambutan raya di sekolah dan segala macam acara raya. Betul -betul rasa ria riang raya .hehehe Terlalu banyak benda nak ditulis, sudah lama tangan ini bercuti daripada menulis dan menaip semenjak tamatnya pengajian dulu. Aku masih seperti dulu,single dan sedang membina kehidupan. Yang kadangkala terasa ralat dan kabur walaupun punya orang sekeliling yang selalu menasihati diri ini. Hasrat 2019 bergitu banyak untuk difokus terutama dalam bab kerjaya dan pemilihan nakhoda kapal yang mahu belayar bersama-sama sehingga ke syurga. Hampir setiap bulan ,ada saja cadangan nakhoda . Namun , masih belum bertemu dengan jiwa yang mententeramkan hati. Doakan diri ini dikuatkan hati dan dicekalkan jiwa menghadapi episod kehidupan

Selesai Degree Pertama

Bismillah Alhamdulillah Hari ini 29 Ramadhan 1437 H bersamaan 4 Julai 2016 Jam 8.45 pagi di Rumah Tercinta, Kompleks PDRM  tiba-tiba terasa ingin melihat kembali blog yang dah bersarang hampir setahun. Maka dengan ini, tamatlah sudah pengajian di UKM selama tiga tahun, namun apakah daya latihan ilmiah belum selesai lagi. InsyaAllah lepas raya ni bakal kembali menyambung perjuangan di saat orang lain bahagia beraya. Apapun aku tak kisah, aku rasa itu lebih baik daripada aku berjalan dan makan.. Allah nak bagi pahala lebih barang kali. InsyaAllah. Tahun akhir di UKM, cukup mencabar emosi, minda dan masa yang ada. Aku merasakan bahawa Allah mahu mentarbiyyah diri ini agar kuat dan perlu bergantung hanya pada Allah. DI samping, letakkan tawakal atau penyerahan diri dalam setiap tindakan hanya kepada Allah setelah kita merancang dan berusaha. Memori manis , pahit . masam dan masin menjadikan hidup aku di tahun akhir ini bergitu indah untuk dihayati. Sejujurnya, terlalu banyak

Usia

 Alhamdulillah , syukur pada Allah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan untuk hambaNya walaupun sering melakukan dosa dan alpa. Jika nak dihitung nikmat Allah ini, kita tidak akan mampu walaupun tujuh lautan dakwat sekalipun. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.  ````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````` Di kala malam ini, mata ini masih luas dan segar. syukur Allah izinkan aku menelaah buku Subjek Hubungan Etnik dan Kaedah Penyelidikan. Kuat cabaran bila belajar dirumah, dengan kenikmatan teknologi kadang-kadang melekakan hidup ini. Allahu, rasa macam byk main-main daripada memikirkan amanah di bahu. Allahu,maafkan aku,,,insan yang alpa. 2 hari lagi bakal menjemla bulan yang dinantikan oleh semua umat islam, bulan yang berkat dan bulan seribu bulan . RAMADHAN kembali lagi. namun, sejauh mana persiapan aku dan kamu untuk bertemu dengan bulan ini. Jika bertemu dengan bulan peperiksaan , kit

Ilmu Tafsir

Bismillahirohmanirohim..     Dalam hidup ini,Allah bukan sahaja perintahkan kita untuk membaca Al-quran,kalam suci lagi agung,bahkan menyuruh hambaNya memahami serta menghayati intisari setiap ayat Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw.Bagi memahami ayat-ayat cinta Allah ini,maka para ulamak islam telah menyusun satu disiplin ilmu yang sendiri iaitu ilmu tafsir.     Selain itu,ia turut dikenali juga dengan : # tafsir al-fuqaha  # tafsir ayat hukum