Skip to main content

Usia

 Alhamdulillah ,

syukur pada Allah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan untuk hambaNya walaupun sering melakukan dosa dan alpa.

Jika nak dihitung nikmat Allah ini, kita tidak akan mampu walaupun tujuh lautan dakwat sekalipun.

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

 `````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Di kala malam ini, mata ini masih luas dan segar.

syukur Allah izinkan aku menelaah buku Subjek Hubungan Etnik dan Kaedah Penyelidikan.

Kuat cabaran bila belajar dirumah, dengan kenikmatan teknologi kadang-kadang melekakan hidup ini. Allahu, rasa macam byk main-main daripada memikirkan amanah di bahu.


Allahu,maafkan aku,,,insan yang alpa.

2 hari lagi bakal menjemla bulan yang dinantikan oleh semua umat islam, bulan yang berkat dan bulan seribu bulan . RAMADHAN kembali lagi. namun, sejauh mana persiapan aku dan kamu untuk bertemu dengan bulan ini.

Jika bertemu dengan bulan peperiksaan , kita bersungguh-sungguh menyediakan persiapan exam dengan membeli peralatan alat tulis baru, minum air zam-zam, makan kismis,madu dll.. sanggup tidak tidur malam semata-mata nak menjawab soalan exam. Jadi, Apakah  kita juga bersungguh-sungguh?


Jika YA, Alhamdulillah,

Jika Belum, masih belum terlewat, mula kan sekarang.

Mula dengan perkara-perkara asas seperti lazimi mengaji al-Quran selepas setiap kali solat, solat sunat tahajud,dhuha dan witir. Seperti biasa, bantu org dan jangan takut untuk bersedekah.

Semakin banyak memberi, semakin banyak Allah akan balas, bahkan lebih daripada sangkaan kita.

insyaAllah, jika niat untuk redha Allah, ALlah akan bantu.

okeh, rasa bertenaga lagi nampaknya nak teruskan membaca di waktu begini.

Jumaat ini, 19/6/15 .. 2 kertas subjek bakal bertempur.

persiapan masih rapuh, maka, mantapkan dengan pergantungan pada Allah.

Allahuma Yassir Wa la Tu Asssir .

Ketika Bersama Ummi, pendorong ketika belajar dulu. 

Comments

Popular posts from this blog

Ilmu Tafsir

Bismillahirohmanirohim..     Dalam hidup ini,Allah bukan sahaja perintahkan kita untuk membaca Al-quran,kalam suci lagi agung,bahkan menyuruh hambaNya memahami serta menghayati intisari setiap ayat Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw.Bagi memahami ayat-ayat cinta Allah ini,maka para ulamak islam telah menyusun satu disiplin ilmu yang sendiri iaitu ilmu tafsir.     Selain itu,ia turut dikenali juga dengan : # tafsir al-fuqaha  # tafsir ayat hukum

PENGERTIAN ORIENTALIS

PENGERTIAN ORIENTALIS        Orientalis adalah kata serapan dari bahasa Perancis yang asal katanya adalah orient yang berarti "Timur". Secara gegorafis, kata ini dapat diartikan "dunia Timur" dan secara etnologis berarti bangsa-bangsa di timur (Shihab, 1999:290). Kata orient itu telah memasuki berbagai bahasa di Eropa, termasuk bahasa Inggris. Oriental adalah sebuah kata sifat yang bermakna; hal-hal yang bersifat timur, yang teramat luas ruang lingkupnya.     Orientalis adalah kata nama pelaku yang menunjukkan seorang yang ahli tentang hal-hal yang berkaitan dengan "timur". Sedangkan kata orientalisme (Belanda) ataupun orietalism (Inggris) menunjukkan pengertian tentang suatu paham. Jadi orientalisme berarti sesuatu paham, atau aliran, yang berkeinginan menyelidiki hal-hal yang berkaitan dengan bangsa-bangsa di Timur beserta lingkungannya (Sou’yb, 1990:3). Selain dari pada itu, Edward W. Said (1996:3) memahami orientalis sebagai suatu cara untuk memaha...

Selesai Degree Pertama

Bismillah Alhamdulillah Hari ini 29 Ramadhan 1437 H bersamaan 4 Julai 2016 Jam 8.45 pagi di Rumah Tercinta, Kompleks PDRM  tiba-tiba terasa ingin melihat kembali blog yang dah bersarang hampir setahun. Maka dengan ini, tamatlah sudah pengajian di UKM selama tiga tahun, namun apakah daya latihan ilmiah belum selesai lagi. InsyaAllah lepas raya ni bakal kembali menyambung perjuangan di saat orang lain bahagia beraya. Apapun aku tak kisah, aku rasa itu lebih baik daripada aku berjalan dan makan.. Allah nak bagi pahala lebih barang kali. InsyaAllah. Tahun akhir di UKM, cukup mencabar emosi, minda dan masa yang ada. Aku merasakan bahawa Allah mahu mentarbiyyah diri ini agar kuat dan perlu bergantung hanya pada Allah. DI samping, letakkan tawakal atau penyerahan diri dalam setiap tindakan hanya kepada Allah setelah kita merancang dan berusaha. Memori manis , pahit . masam dan masin menjadikan hidup aku di tahun akhir ini bergitu indah untuk dihayati. Sejujurnya, terlalu ban...