Sekadar
renungan bersama.....
Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan
dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita check
sembahyang kita, nanti
akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan
ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan
tiada pembela dan umat islam
kini tidak lagi menjadi umat yang agung
seperti dulu.
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
islam yang tak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak
sembahyang, mereka telah jatuh kafir.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak
sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka
juga) kalau ia masih yakin
sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir
sahaja, bacaan pun masih tak
betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja.
Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu
tentang sembahyang tiada.
Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan
hidup dalam keadaaan derhaka
kepada Allah Taala.
Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu
ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan
dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau
ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah,
ada program
kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir,
letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat,
fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu
bacaannya, lafasnya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak
tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak
faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu
pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang
ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
lima waktu, tepat ilmunya, faham
setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tapi
tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya
masih melayang mengingatkan
perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi
tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul
muslimin.
Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang
ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam sembahyangnya, sekali
sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam
sembahyangnya, teruslah terbawa
bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat
Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya
serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak
mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah
jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba
baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini
terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh
Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala
nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa-apa.Allah
belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat
ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam
sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan
sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau
yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas
keduniaan seperti perniagaan dan
sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan
ini disebut orang-orang soleh /golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh
tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak
mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati
setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan
fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya
dan setiap gerak gerinya
dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat
langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan
alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir
dengan Allah )
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi
dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai
didalam sembahyang malahan
ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang.
Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca
penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,seperti
sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut.
Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat,
sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam
sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya
langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak
diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut
golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat
sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap
yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa,
membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah,
menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8
dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,
manakala golongan yang lain jatuh
pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ?
Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama
soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat /
sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat
bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali
daulah Islam.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Comments
Post a Comment