Skip to main content

Posts

Ilmu Tafsir

Bismillahirohmanirohim..     Dalam hidup ini,Allah bukan sahaja perintahkan kita untuk membaca Al-quran,kalam suci lagi agung,bahkan menyuruh hambaNya memahami serta menghayati intisari setiap ayat Al-Quran yang diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw.Bagi memahami ayat-ayat cinta Allah ini,maka para ulamak islam telah menyusun satu disiplin ilmu yang sendiri iaitu ilmu tafsir.     Selain itu,ia turut dikenali juga dengan : # tafsir al-fuqaha  # tafsir ayat hukum

Cuti semesta 2

   ~ Bismillah~ Alhamdulillah,  hari ini genap 21 tahun 6 bulan umurku berada di dunia yang fana ini. Namun, aku cukup sedih dengan diriku sendiri yang masih banyak lalai dalam hidup ini. Sebanyak mana lah sumbanganku untuk agama Allah ini. Cuti semesta sem 2 ini aku pulang awal seminggu berbanding sahabatku yang lain.Alhamdulillah, rezeki dari Allah,,akhirnya masa yang di tunggu-tunggu setelah hampir 4 bulan lebih aku tidak pulang ke rumah,rindu sangat2 untuk bertemu ke mama dan abah ku serta keluargaku yang lain.Sebelum aku pulang, aku dan sahabatku wani telah pergi shopping raya dulu di Jalan TAR.. semangat punya nak sambut ramadhan tahun ini ^^.. Lagi satu, aku tak nak fikirkan sangat baju raya nanti. Beli awal lagi bagus..bak kata pepatah melayu,sediakan payung sebelum hujan ..hihi.. tema aku sendiri tahun ni, aku beli baju warna koko @ coklat. ala- ala milo tu..ok.. kami punya semangat dari awal pagi lagi bersiap untuk menunggu KTM UKM. Bila sampai di KTM ...

Indah Hidup Tanpa Maksiat

Bismillah 22 Ogos 2014 Rumahku SyurgaKu Malam Jumaat Jam menunjukkan pukul 2.33 pagi, mata aku masih segar seperti biasa. Namun, hatiku meruntum derita menginginkan makanan rohani , terasa sangat sukar bermujahadah tanpa iman yang kuat. aku rindu nak mendengar kata-kata indah sang murabbi ku di Universiti.Ini menyebabkan aku tidak sabar untuk menghadiri kuliah nanti. Memandangkan mataku tidak lena di buai mimpi, aku masih menatap lappy ku di kala kelam malam. Alunan zikir di laman You Tube menemani malamku, Sambil itu, aku membaca blog karangan sahabat seislam tentang ini, Sifat-Sifat Mahmudah  mengikut Imam Al-Ghazali: Taubat. Takut akan Allah SWT. Kasih akan Allah SWT. Zuhud. Sabar. Syukur. Ikhlas dan benar. Tawakkal. Redha dengan Qada’ Allah SWT. Mengingati mat. Jika dilihat sangat ringkas, apa yang mahu aku kongsikan, Ini lah sifat yang ada dalam diri Rasulullah, para sahabat, alim ulama' serta mereka yang mentaati perintah Allah& Rasul. ...

Cuti Semesta 1 sesi 2013/2014

 AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNya. Hari ini, aku masih dikurniakan Allah umur, rezeki,serta segala nikmatNya yang tidak akan dapat sekali-kali dihitung oleh hambaNya. Allah Yang Maha Kaya, Kekayaan ini adalah milikNya, Ketika Menyusuri jalan, Merentasi belahan bukit, Mentari petang memancarkan sinarnya sebelum melabuh, Memberi cahaya megharungi bumi Sang Pencipta, Tetap taat pada perintah Sang Khalik Tika Allah menawarkan amanah kepada bukit dan gunung Dengan mudah,ia menolak.. Bimbang,takut kerana beratnya amanah itu.. Namun, Manusia yang diciptakan dari tanah serta air mani yang hina ini, Sanggup memikul amanah yang diberi, Gah,Bangga,Sombong, Nauzubillah Ya Robbi daripada sifat mazmumah itu.. Manusia, Allah tidak menjadikan kita dengan sia-sia di dunia ini, Semuanya ada tanggujawab.. Apa??? Menjadi khalifah dibumi ini dengan mentauhidkanNya. Jiwa yang bahagia, Jiwa yang tenan...

" Manusia vs Iman "

~~ Bismillahirohmannirohim ~~ Tanggal 1 September 2013,, Langkah kaki pertamaku bersama keluarga menuju ke menara gading yang sememangnya menjadi pilihan pertamaku ketika dulu-dulu..Alhamdulillah,sememangnya Allah telah menetukan segala-galanya diiringi dengan daya usaha kita sendiri dulu. Jika untuk ditulis segala-galanya,memang tidak larat nak taipnya.. Ringkasnya, sekarang aku sudah berada di akhir minggu sesi belajar,,sedar tidak sedar juga,exam ku juga tidak lama dah.. Hidup sebagai seorang mahasiswa menjadikan aku lebih banyak berfikir tentang diri,orang lain, serta alam ini.mengapa? jika ingin diungkap,memang banyak persoalan yang bermain di fikiran ku,ini menyebabkan diriku semakin 'gila' untuk mengaut segala ilmu yang disediakan..sehingga aku tidak kesah malam-malam aku berjalan kaki ke masjid ,kerana ku tahu,,untuk mendapat redha Allah,aku kena bermujahadah..semuanya perlu ditempuhi walau sesukar mana sekalipun kerana Allah pasti bersama-sama orang yang in...

Kau milikMu...

  Setapak demi setapak anak tangga terusku gagahi..cat warna hijau yang menyaluti anak tangga kian pudar dari penglihatan manusia.Mata hitamku terus menarpa melihat seorang datuk sedang berbaring menanti kedatangan tetamu yang tidak henti-henti membanjiri rumah pusaka turun temurun itu. Rumah kayu beratapkan bata masih gagah menahan panas dan hujan dari membasahi serta memanasi penghuni rumah itu.Ku lihat,kayu dinding telah banyak terseropak disana sini sehingga dapat dilihat tanah dibawah rumah.Walau seuzur mana pun rumah itu,disitulah satu-satunya kediaman mewah milik datuk dan nenekku yang tidak berubah sebelumku lahir sehinggalah sekarang.Syukurku panjatkan pada ilahi kerana dengan izinya rumah itu masih tersegam indah dalam penglihatanku. " Assalamuaalikum tok ayah..tok ayah sihat ko? tok wan ada mano? " " Waalaikumsalam.alhamdulillah  ginilaa tua-tua gak..lamo x kelik.ada kat dalam tu.wat gapo loni ?" " urm..maaf laa tok ayah...sye ngja...

Masa bergitu pantas berlalu...

~~~ Bismillahirohmannirohim~~~ Alhamdulillah..dengan izin Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang ..jantungku masih berdengut ..nafasku masih menghelakan oksigen..semua ini nikmat yang kita lalaikan. Malam kian berlabuh menanti siang kan menjelma..namun,mataku ini masih cerah seperti lampu menerangi ruang tamu rumahku ini.. Setelah lama aku membuka internet,baru sekarang aku gagahi diri ini untuk menaip apa yang tersirat dalam mindaku.. sekarang,sudah masuk bulan empat...aku hanya berserah kepada Allah sementara mencuba melakukan apa-apa pekerjaan dirumah. Bulan februari...aku  penuhi aktiviti tahun ini sebagai seorang pendidik,bagi ku..bulan itu sangat bermanfaat  untuk ummah..insyaAllah walaupun sumbangan yang aku lakukan tidaklaa seberapa berbanding orang lain..sekurang-kurangnya  aku menghulurkan secebis ilmu dalam diri insan yang kerdil ini. murid-muridku bersemangat sangat belajar...good!!     Meskipun aku mengajar,,aku bersama dengan ...