Bismillah 22 Ogos 2014 Rumahku SyurgaKu Malam Jumaat Jam menunjukkan pukul 2.33 pagi, mata aku masih segar seperti biasa. Namun, hatiku meruntum derita menginginkan makanan rohani , terasa sangat sukar bermujahadah tanpa iman yang kuat. aku rindu nak mendengar kata-kata indah sang murabbi ku di Universiti.Ini menyebabkan aku tidak sabar untuk menghadiri kuliah nanti. Memandangkan mataku tidak lena di buai mimpi, aku masih menatap lappy ku di kala kelam malam. Alunan zikir di laman You Tube menemani malamku, Sambil itu, aku membaca blog karangan sahabat seislam tentang ini, Sifat-Sifat Mahmudah mengikut Imam Al-Ghazali: Taubat. Takut akan Allah SWT. Kasih akan Allah SWT. Zuhud. Sabar. Syukur. Ikhlas dan benar. Tawakkal. Redha dengan Qada’ Allah SWT. Mengingati mat. Jika dilihat sangat ringkas, apa yang mahu aku kongsikan, Ini lah sifat yang ada dalam diri Rasulullah, para sahabat, alim ulama' serta mereka yang mentaati perintah Allah& Rasul. ...
"Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain" ilmu bukan hanya untuk diri sendiri..tapi untuk dikongsi bersama...moga2 sama2 mendapat keberkatan dan dijadikan bekalan ke akhirat kelak..