Saya telah membaca buku bertajuk "Sony" yang berkisar tentang kejayaan orang-orang Jepun. Buku ini mengisahkan tokoh pengasas Sony Corporation iaitu Akio Morita. Berikut ringkasan kisah beliau yang boleh kita kongsi bersama. Pada sekitar tahun 40an… sebagai propaganda Amerika untuk meremehkan kekuatan tentera Jepun , mereka telah melukis kartun yang menunjukkan gambar seorang pemburu menyandang sepucuk senapang, yang ketika picunya ditarik maka larasnya menggembung meletup dan mencederakan pemburu itu sendiri . Senapang tersebut bercap: Made in Japan (buatan Jepun). Namun selepas ketewasan Perang Dunia 2, dengan berbekalkan semangat Kaizen (filosofi kerja yang berteraskan penambahbaikan kualiti berterusan) , warga Jepun bangkit kembali. Dan kini bukannya bangkit untuk berperang tetapi bangkit untuk bersaing dari segi ekonomi. Tiba-tiba orang Jepun tergila-gila pada perlumbaan matematik dan fizik. Persaingan ditumbuhkan sejak kanak-kanak. Keluaran sekolah bereputasi ting...