AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! AllahuAkhbar! Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNya. Hari ini, aku masih dikurniakan Allah umur, rezeki,serta segala nikmatNya yang tidak akan dapat sekali-kali dihitung oleh hambaNya. Allah Yang Maha Kaya, Kekayaan ini adalah milikNya, Ketika Menyusuri jalan, Merentasi belahan bukit, Mentari petang memancarkan sinarnya sebelum melabuh, Memberi cahaya megharungi bumi Sang Pencipta, Tetap taat pada perintah Sang Khalik Tika Allah menawarkan amanah kepada bukit dan gunung Dengan mudah,ia menolak.. Bimbang,takut kerana beratnya amanah itu.. Namun, Manusia yang diciptakan dari tanah serta air mani yang hina ini, Sanggup memikul amanah yang diberi, Gah,Bangga,Sombong, Nauzubillah Ya Robbi daripada sifat mazmumah itu.. Manusia, Allah tidak menjadikan kita dengan sia-sia di dunia ini, Semuanya ada tanggujawab.. Apa??? Menjadi khalifah dibumi ini dengan mentauhidkanNya. Jiwa yang bahagia, Jiwa yang tenang,
"Ya Allah, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain" ilmu bukan hanya untuk diri sendiri..tapi untuk dikongsi bersama...moga2 sama2 mendapat keberkatan dan dijadikan bekalan ke akhirat kelak..